Friday, July 29, 2011

Rendang Ayam Tok


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, dipotong 18 bahagian, cuci bersih dan toskan
3 helai daun kunyit, buang urat dan hiris halus2
500 ml santan
2 camca besar kerisik
3 keping asam gelugor
2 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan
5 batang serai, hiris halus
1 inci kunyit hidup
25 biji cili padi siam

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)

Satukan bahan2 kisar dengan rempah kari dan cili kisar, kacau rata. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah bahan kisar tadi dan tumis hingga terbit minyak.
Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tambah santan, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau dan masak hingga pekat. Masukkan kerisk dan asam gelugor, kacau dan masak hingga rendang kering.
Tabur dengan hirisan daun kunyit, dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, pulut, nasi impit atau pun roti.

Thursday, July 28, 2011

Siakap Stim

Bahan-bahan
A) Bahan perap
1. Halia 1/2 inci
2. Bawang putih - 3 biji
Tumbuk dan lumurkan pada ikan. Isi didalam mangkuk dan stimkan

B) Bahan kuah
1. Ikan - (Kerisi/siakap/etc)
2. Bawang besar - 1 biji setengah
3. Halia - 1 inci
4. Bawang putih - 3 biji
5. Cili padi saiz sederhana - 10 biji
6. Limau nipis - 1 biji
7. Sos tiram - 1 sudu
8. Daun ketumbar
9. Garam & gula secukup rasa

Cara-cara
1. Tumiskan bawang merah, bawah putih dan halia hingga garing.
*Separuh di asingkan untuk bahan tabur.
2. Masukkan air 3 cawan
3. Tumbuk pecah cili padi dan masukkan kedalam kuali
4. Masukkan sos tiram, garam & gula secukup rasa. Biarkan kuah mendidih.
5. Hiris limau nipis dah perahkan patinya kedalam kuah.
6. Tuangkan kuah yg sudah siap tadi kedalam mangkuk ikan dan taburkan daun
ketumbar yg sudah dihiris. Teruskan stim ikan selama lebih kurang 5 minit.
7. Buka penutup dan rasakan aromanya.. fuhhhhhhhhh.........!
8. Akhir sekali taburkan bawang goreng yg diasingkan tadi. Siap untuk dihidang!

Orange Cake


BLENDED ORANGE CAKE

Bahan-bahan ( loyang 9 inc )


1 bji buah limau

1 cawan minyak
2 cawan gula halus - saya guna 1 1/2 cawan jer
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara


Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.


Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.

Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.

Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.


picture & recepe taken from http://wattieshomemadecakes.blogspot.com/search?updated-max=2011-06-25T23%3A48%3A00-07%3A00&max-results=7

Siakap Masak Hijau


Bahan-Bahan
2 ekor ikan pari-di potong, bersihkan dan toskan - sy guna ikan siakap
2 ulas bwng putih*
3 biji bwng merah*
1/2 inci halia*
4 btng cili merah*
4 btng cili padi merah*
sedikit belacan *(* di tumbuk/ di kisar halus)
1 tangkai daun kari
3 batang cili hijau- di potong serong
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam & sedikit gula
1 cawan air atau lebih.
2 biji limau kasturi- ambil jusnya je

Cara-Cara

Ikan di potong, bersihkan dan toskan, gaulkan dngn sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan ikan hingga separuh masak dan ketepikan.
Kisar atau tumbuk bahan2 yg bertanda *.
Panaskan minyak di kuali dan tumiskan bahan2 yg di tumbuk sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air.
Masukkan serbuk lada hitam, daun kari dan lada hijau yg di potong serong.
Masukkan ikan yg telah di goreng tadi, dan gaul sebati. Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan perahan jus limau kasturi.
Biarkan hingga mendidih, perasakan. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah di angkat dan di hidangkan bersama nasi putih hangat.

picture & resepi take from http://wattieshomemadecakes.blogspot.com/2011/06/siakap-masak-hijau.html

Ketam Kari Pecah Telur

dah penah bt .. very the marvelous!


Bahan:

Beberapa ekor ketam (perap ngn kunyit n sedikit garam - kemudian goreng.. sekejap je tau)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 paket kecil serbuk kari (ketam/udang/ika)n + sikit air (jadikan pes)
1 sb sos tiram
1 sb sos ikan (numlaa) - xde pun xpe... kalu ada lg best... ehhehehe
sedikit air asam jawa
2 biji telur (dipukul sekejap)
Sedikit daun kari
Garam dan gula (i x pakai pak aji lgsg)

Cara:
  1. Goreng ketam terlebih dahulu... ketepikan...
  2. tumis bahan tumbuk hingga naik bau...
  3. masukkan pes kari dan kacau hingga sedikit garing
  4. masukkan air asam jawa... sikit je tau... kalu guna adabi punya pes... dlm setengah sudu kecik jer..
  5. masukkan sos ikan dan sos tiram...
  6. masukkan telur dan kacau cepat2... biar jd mcm scrambled egg
  7. last letak ler garam dan gula... secukup rasa... (kuantiti ikut pengalaman sndri jer... ehheheheh)
Bila kuah sedikit kering, letakkan ketam goreng tadi dan daun kari. Balik-balikkan supaya semuanya sebati. Tutupkan api dapur.

picture n resepi taken from http://bengelina.blogspot.com/2010/08/resepi.html

Red Velvet


resepi from here http://withloveandlife.blogspot.com/2011/06/resepi-red-velvet.html

Home made Lasagna

home made lasagna.. resepi ni sy dah try dua kali dah.. so far mmg sedap..


Bahan – Bahan:

(Untuk lapisan lasagna)

1/2 kotak(7 helai) Kepingan lapisan lasagna :: aku pakai brand bawah ni.. nak pakai brand lain pun boleh.

Cara-cara : Rebus kepingan lapisan tu sehingga kembang.. letak minyak sikit supaya tak lekat.Macam rebus mee spegethi tu jugak kaedahnya.


  • Pastu angkat dan rendam dalam air sejuk.

(Untuk Inti lasagna)

  • 4 ulas bawang putih :: hiris / chop pun boleh
  • Cendawan :: butang or yang kering pun boleh dan kasi hiris lar..
1 tin sos preego perisa traditional :: ni terpulang.. kalau nak jadikan lasagna warna putih beli lar yang perisa cedawan tu..


  • Daging kisar :: Brand Ramly – if takde brand lain pun boleh..janji halal.
  • Lada hitam sikit dan garam.
  • Cara – Cara : Tumis lar bawang putih tadi, naik bau.. masukkan daging pulak.. tumis separuh masak.. masuk sos prego tadi.. dan gaul…
Masukkan cendawan pula, lada hitam/sulah dan garam.. gaul sehingga masak. dan ketepikan.


(Untuk Sos Putih pula)

Cheddar Chesse :: pakai suku dari satu buku tu.. potong dadu



  • 3 sudu besar tepung gandum :: bancuh dengan 1 cawan teh air masak. bukan air teh taw.. jgn kompius..
  • 1 cawan teh susu segar
  • sedikit garam
  • Cara – Cara :: Leburkan semua dalam kuali.. masak sehingga didih dan pekat,

Okay.. bila semua dah ready.. masa untuk penyediaan pulak..

  • Sediakan loyang/bekas kaca tebal/ bekas yang bersesuaian untuk jenis bakar lasagna ni.. if takde guna loyang kek sudah.. cam aku buat.
  • Letak majerin keliling bekas tu… dan lapiskan selapis dengan kulit lasagna yan dah di sejukkan tadi.
lepas tu.. ambil inti daging tadi.. lapiskan kat atas kulit lapisan tadi..

Kemudian lapiskan pula dengan sos putih tadi.. supaya tutup inti atas tadi.

baki cheddar cheese tadi boleh di letak atas lapisan sos putih tu. parut boleh atau nak jadikan slices pun boleh.

Ulang proses lapisan tadi.. sehingga penuh bekas.. atas sekali, jika ada lebih sos putih boleh letak atas lapisan kulit bersama cheese tadi.

Bakar selama 30 minit.


ok siap!

picture & resepi taken from http://greenstrawberryheaven.blogspot.com/2010_07_01_archive.html

Wednesday, July 27, 2011

ym dengan my sis.. tanyer camner nak masak sambal cili api bihun sup..



dr kecik sy x suka mkn bihun sup.. tp sy makan bihun sup my ibu n sis masak ajer.. sbb sg marvelous :D

Monday, July 18, 2011

Homemade Kit Kat Bar!

agak rumit.. tp kalo bt mesti berbaloi .. :D

Ingredients

serves Makes approximately 32 bars, active time 45 minutes, total time 2 hours, 45 minutes

  • 75 Club crackers
  • 1/2 pound (2 sticks) unsalted butter
  • 2 cups graham cracker crumbs
  • 1 cup firmly packed dark brown sugar
  • 1/2 cup milk
  • 1/3 cup granulated sugar
  • 2/3 cup creamy peanut butter
  • 1/2 cup semisweet chocolate chips
  • 1/2 cup butterscotch chips

Procedures
  1. Line 9- by 13-inch rectangular baking pan with one layer of Club crackers (you may need to break some to fit).

  2. Melt butter in large saucepan over medium heat. Add graham cracker crumbs, dark brown sugar, milk, and granulated sugar. Bring to boil. Boil for five minutes, stirring constantly. Remove pan from heat. Pour half of butter mixture over crackers in pan. Smooth surface with spatula.

  3. Arrange another layer of Club crackers over butter mixture. Pour remaining butter mixture over surface. Smooth surface with spatula. Arrange a third layer of crackers over top.

  4. Combine peanut butter, chocolate chips, and butterscotch chips in small saucepan. Melt over medium-low heat, stirring constantly. Spread evenly over crackers.

  5. Cool to room temperature, then cover and refrigerate two hours. Cut into 2-inch bars. Bars will keep for two weeks, stored in an airtight container in the refrigerator.

source: http://www.seriouseats.com/recipes/2011/01/homemade-kit-kat-bars-recipe.html

Waffer!

belom ada waffer maker lg.. tp bila dah beli boleh try :D


RESIPI CREAM CHEESE WAFER
Resipi Asal : http://noorsha.blogspot.com


Bahan-Bahan

2 biji telur ( Gred B )
1 cawan susu segar / susu cair
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar butter cair / minyak jagung
1 sudu teh garam
3 sudu besar gula
80 - 100 gm cream cheese (suhu bilik)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Cara-Cara

1. Satukan telur, esen vanila, susu segar / susu cair, garam, gula dan cream cheese. Kacau hingga garam dan gula hancur serta cream cheese larut sepenuhnya dan tidak berketul-ketul.
2. Masukkan butter / minyak jagung. Kacau lagi.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder. Kacau sebati.
4. Panaskan Waffle Maker. Sapukan dengan sedikit butter.
5. Masukkan 2 senduk adunan waffer tadi, ratakan dan tutup waffle maker.
6. Biarkan waffle sehingga perang.
7. sedap dimakan begitu sahaja atau boleh makan ngan madu,karamel, butter, sos coklat, ice cream atau jem pilihan mengikut citarasa.. Selamat Mencuba !~



**UPDATE**

sebagai menjawab soalan Chik Mimi, aku nak share sikit camane nak kasi Waffle ni masak sekata... Dulu mase mula² pakai Waffle Maker pun, ada part yang terlebih perang, ada part yang x perang.... Jadi kalau kawan² nak mencuba Tips ni, dipersilakan dgn segala hormatnya ye... kalau ada Tips tambahan yang biasa kawan² buat, bolehlah kongsi bersama diruangan komen...sebab tak semestinya apa yang kite tau org lain tau kan...n kadang² org len lebih tau ape yg kite tak tau..heheheh...


Tips Menghasilkan Waffle Masak Sekata :

1. On Waffle Maker, sapukan butter nipis² ke atas permukaan waffle maker atas dan bawah.

2. Sendukkan adunan ke atas waffle maker, ratakan.
3. Biarkan waffle maker masak dengan penutupnya terbuka hingga nampak buih² kecil timbul.
4. Lepas buih kecil tu timbul, tutupkan penutup waffle maker dan tekan penutupnya rapat².
5. Nanti akan dengar bunyi berdesir. Teruskan menekan penutup tersebut. Sesekali jenguk² waffle samaada dah perang atau tak...
6. Kalau dah perang bolehlah diangkat...
7. Tips ni sesuai mengikut kondisi Waffle Maker brand TAKADA yang aku gunakan.. mungkin lain brand lain caranya..Wallahualam..Selamat Mencuba!~
source: http://noorsha.blogspot.com/2011/01/cream-cheese-waffle.html

Sizzling Yee Mee!

dlu penah try bt sizzling nie.. tp termasin.. heheh :p


Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

2-3 sanggul (gulung) yee mee
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis

Cara-cara

1.Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2.Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
3.Masukkan 2 cawan air.
4.Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
5.masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
6.Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7.Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
8.Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

Cookies Simple!


Bahan-bahan ( 50 biji +- )

  • 1 cwn tepung gandum
  • 3/4 sk baking soda
  • 1/4 sk garam
  • 1/2 cawan butter/marjerin(dicairkan)
  • 1/2 cwn gula perang (SILA RUJUK NOTA DI BAWAH CARA2)
  • 1/3 cwn gula halus
  • 1/2 sk esen vanila
  • 1 cwn choc chip

Cara-cara

  1. Campurkan tepung, baking soda dan garam ke dlm mangkuk. (saya ayakkan terus).Panaskan oven pada suhu 150'C
  2. Dlm mangkuk lain, pukul marjerin, gula perang, gula halus dan esen vanila sampai sebati (kelajuan sederhana). Masukkan campuran tepung+baking soda+garam tadi dan kacau sampai sebati. Lepas tu, masukkan choc chip dan kacau lagi sampai sebati.
  3. Lepas tu,letakkan 1 sk adunan ke atas baking sheet. Pastikan jarak antara doh lebih kurang 1.5-2 inci.
  4. Bakar dalam oven dlm 18-20 minit sampai warna golden brown.
  5. Lepas bakar, biarkan cookies atas baking sheet tu dlm 3 minit. Then, transfer ke wire racks. simpan dalam bekas kedap udara.
  6. NOTE: Cookies ni mungkin TERLALU manis bagi sesetengah orang. Kalau nak kurangkan manis, guna hanya 1/4 atau 1/3 cwn gula perang (bergantung kepada citarasa masing2).
source: http://www.myresipi.com/top/detail/2016

Karipap Panas!

Bahan Doh:

250 gram mentega
500 gram tepung gandum
50 ml air sejuk
Minyak untum menggoreng

Bahan Inti:

5 biji ubi kentang – potong dadu dan rebus
2 biji bawang besar – potong dadu
3 tangkai daun kari – hiris halus
4 tangkai daun sup – hiris halus
350 gram daging – dicincang
1 kiub pati ikan bilis
Gula secukup rasa
2 sudu rempah kari ikan
100 ml air
2 sudu minyak masak
½ biji telur rebus

Cara penyediaan Doh:

Campurkan kesemua bahan doh, gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 20 minit.
Gelek doh setebal 3mm dan tekap membentu bulat.

Cara penyediaan Inti:

Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Tumis hingga garing.

Masukkan bahan-bahan inti yang lain, kacau hingga daging masak dan mesra. Tutup api.

Masukkan inti ke dalam kepingan doh dan kelim atau tekap dengan acuan karipap.

Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan dan garing. Angkat dan tos.

Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

source: http://www.resepi4u.com/2009/10/resepi-karipap-istimewa-selebriti.html

BLUEBERRY YOGURT CHEESECAKE!




Bahan-bahan

Untuk Base (jika suke biskut byk, leh gandakan base nih)
· 120g biskut tiger
· 150g biskut oreo
· 50g butter (cairkan)

Untuk Cheesecake Filling
· 250g cream cheese
· 200g whipping cream
· 160g yogurt plain (Ros guna yogurt blueberry cap dutch lady)
· 50g gula halus
· 15g gelatin
· 60ml air panas
· 50g buah blueberry tin (xguna sbb xde)
· 25ml blueberry filling atau jem blueberry

Blueberry Topping
· 6g gelatin
· 100ml air panas
· 200g blueberry filling

Cara-cara
  1. Sediakan loyang springform 18cm/8inci. Alas loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya senang nak keluarkan.
  2. Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Tuang mentega ke dalam biskut. (Ros buat 2 layer, tiger dan oreo). Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat-padatkan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30min-sejam.
  3. Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. (Ros guna kaedah double boiler untuk satukan gelatin nih agar tidak berbiji-biji)
  4. Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan whipping cream dan kemudian yogurt. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata. (Jangan pukul terlalu lama)
  5. Masukkan buah blueberry dan juga syrup guna spatula (Untuk step ni Ros guna filling blueberry sahaja sebab takde fresh blueberry, masukkan guna garfu). Tak perlu kacau sebati sebab inginkan hasil seperti marble. Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 1-2 jam.
  6. Untuk topping ciskek, panaskan gelatin dengan air panas guna kaedah double boiler. Alihkan dari api dan kemudian masukkan ke dalam filling, kacau rata. Curahkan ke atas kek keju tadi. Masukkan semula ke dalam peti ais.
  7. Selepas 2-3 jam, bolehla potong dan hidangkan.
source: http://adikros.blogspot.com/2011/03/blueberry-yogurt-cheesecake.html

Ikan Kembung Percik


Bahan-bahan:

8 Ikan kembung
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai-akak tambah satu lagi
3 hiris lengkuas
1 mangkuk santan pekat
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar tepung beras-lupa nak letak
5 tangkai cili kering, direndam -akak letak 3 sudu makan cili kisar
1 asam keping
Garam & gula secukup rasa -tukar ke satu gelang kecil gula kelantan (panggil apa ek)
* Menurutnya org Kelantan suka manis, so should add extra sugar but I adjusted according to my tastebud.

Cara-cara

1. Ikan dibersihkan, dikelar-kelar dan dilumur dengan sedikit garam. (akak lumur sekali dengan lada hitam serbuk). Ketepikan.
2. Kisar semua bawang, serai dan lengkuas.
3. Masukkan santan dalam periuk dan tenggekkan atas api. Masukkan kesemua bahan kisar dan yang lelainnya.
4. Masak dan perasakan dengan garam & gula.
5. Akhir sekali masukkan tepung beras yg sudah dibancuh dgn sedikit air. Masak hingga pekat.
6. Lapik dulang pembakar dengan foil/daun pisang dan susun ikan. Bakar separuh masak baru lumur ikan dengan kuah percik. Ulang melumur ikan dengan kuah sehingga masak sepenuhnya.

Source: http://www.kakinakl.com/2011/03/ikan-kembung-percik-stail-kelantan-yang.html

Pancake!

saper suker pancake angkat tangan n kaki :D

kadang2 buhsan nak bfast aper.. so bancuh nie ajer.. :D

tp kalo nak bt pakai tepung sendiri..

Pancakes

* 1 1/2 cwn tepung naik sendiri (SRF)
* 1 sudu teh (tsp) baking powder
* 3 sudu besar gula caster (tbsp)
* secubit garam
* 60g butter , cairkan
* 1 cwn susu segar
* 2 biji telur saiz XL (59g)
* - Dalam mangkuk kecil, cairkan butter. Add susu segar and telur ke melted butter and mix them well.
* -Dalam mangkuk yang lain, ayak tepung naik sendiri + baking powder. Add gula caster and garam and mix it. Then buat lubang di tengah2 and add the melted butter,susu n telur mixture and menggunakan whisk biasa, just whisk it until smooth.
* -Tinggal kan adunan sekejap lebih kurang 20 minutes.
* -Gunakan non stick pan and api sederhana, masak pancake seperti biasa.


source from Salam2benua.blogspot.com

Thursday, July 14, 2011

Pizza Tania

my hubby's fav! pizza :)



panas kan butter skit sampai cair..
gula n garam cair kan ..
instant yie satu peket tu..
...campur kan yg kat atas td ngan tepung gandum.. golek2 kan die.. sampai lembik2 n x melekat.. jgn sampai die keras lak.. kang keras lak nak mkn.. hahhaha.. pastu letak die kat tmpt kedap udara.. biar kan 40 min.. nnti die kembang 2 kali ganda.. hehe

pastu bt lah bentuk bulat tu.. isi die pakai lah sos spageti n daging cincang.. capsicum ker.. sosej.. bawang bg byk skit br sedap.. letak lah aper2 pon..

pastu letak sos cili n mayonis atas die.. then last skali br tabur monzirella shis tu.. hehe..

org x pakai tepung roti.. sbb leceh.. hehe

lupe lak nak pesan.. bila doh tu dah kembang kan.. bt lah ebntuk bulat.. then cucuk2 ngan garfu.. nak bg roti tu cantik n masak n lembut.. hehe.. pastu bakar roti tu half masak.. pastu br letak bahan2 tu then letak api atas jer :D

Masalodeh Rangup

My fav kuih.. kalo g DiGi batu 3 shah alam.. selalu singgah beli kat makcik tepi jalan tu.. hehhe

sy x penah try lagi resepi nie.. save dlu.. hehe :D

picture take from salam2benua.blogspot.com

Bahan-bahan ( Dalam 6-8 biji )

  • 2 genggam kacang dal - direndam semalaman
  • 1/2 bii bawang besar-didadu
  • Cili padi/cili kering/cili merah/cili hijau-dihiris
  • Daun kari -dihiris
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • 1/2 sudu kecil jintan manis-ditumbuk kasar
  • 1/2 biji telur
  • secubit tepung ubi -untuk melekatkan adunan, jangan banyak sangat, nanti liat, tp kalau adunan dh agak boleh dibentuk, tak payah letak tepung ubi pun takpe..

Cara-cara

  1. Kacang dal ditumbuk atau kisar -jangan letak air.Kalau tak hancur sume pun takpe.
  2. Dalam satu bekas, campurkan kacang dal, bawang, daun kari,cili serbuk ikan bilis, jintan manis, telur, tepung.
  3. Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jangan risau kalau rasa adunan tu pahit sikit, nanti goreng ok lah dia.(garam jangan banyak sbb serbuk pati ikan bilis dh masin)
  4. Gaul rata bancuhan dan kepal2 kan. Bahagi kepada 6 atau 8 biji
  5. Ambik satu biji, kepal2 biar padat dan goreng dalam minyak panas. Semasa menggoreng biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai. Goreng hingga garing/masak.
  6. Selamat mencuba.

Butter Prawn

d


Bahan2:

12 ekor udang saiz besar
2 sudu butter
3 biji kuning telur
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara2:
Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah msak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.

Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.

Muffin Chocolate

Bahan-bahan (10 biji )
200g coklat masakan
70g mentega
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder

Cara-caranya
1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" .
2. Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C.
3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang).
4. Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati.
5. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati.
6. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

Nota Yani: Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.