Monday, July 18, 2011

BLUEBERRY YOGURT CHEESECAKE!




Bahan-bahan

Untuk Base (jika suke biskut byk, leh gandakan base nih)
· 120g biskut tiger
· 150g biskut oreo
· 50g butter (cairkan)

Untuk Cheesecake Filling
· 250g cream cheese
· 200g whipping cream
· 160g yogurt plain (Ros guna yogurt blueberry cap dutch lady)
· 50g gula halus
· 15g gelatin
· 60ml air panas
· 50g buah blueberry tin (xguna sbb xde)
· 25ml blueberry filling atau jem blueberry

Blueberry Topping
· 6g gelatin
· 100ml air panas
· 200g blueberry filling

Cara-cara
  1. Sediakan loyang springform 18cm/8inci. Alas loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya senang nak keluarkan.
  2. Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Tuang mentega ke dalam biskut. (Ros buat 2 layer, tiger dan oreo). Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat-padatkan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30min-sejam.
  3. Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. (Ros guna kaedah double boiler untuk satukan gelatin nih agar tidak berbiji-biji)
  4. Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan whipping cream dan kemudian yogurt. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata. (Jangan pukul terlalu lama)
  5. Masukkan buah blueberry dan juga syrup guna spatula (Untuk step ni Ros guna filling blueberry sahaja sebab takde fresh blueberry, masukkan guna garfu). Tak perlu kacau sebati sebab inginkan hasil seperti marble. Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 1-2 jam.
  6. Untuk topping ciskek, panaskan gelatin dengan air panas guna kaedah double boiler. Alihkan dari api dan kemudian masukkan ke dalam filling, kacau rata. Curahkan ke atas kek keju tadi. Masukkan semula ke dalam peti ais.
  7. Selepas 2-3 jam, bolehla potong dan hidangkan.
source: http://adikros.blogspot.com/2011/03/blueberry-yogurt-cheesecake.html

No comments:

Post a Comment