Thursday, July 28, 2011

Siakap Masak Hijau


Bahan-Bahan
2 ekor ikan pari-di potong, bersihkan dan toskan - sy guna ikan siakap
2 ulas bwng putih*
3 biji bwng merah*
1/2 inci halia*
4 btng cili merah*
4 btng cili padi merah*
sedikit belacan *(* di tumbuk/ di kisar halus)
1 tangkai daun kari
3 batang cili hijau- di potong serong
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam & sedikit gula
1 cawan air atau lebih.
2 biji limau kasturi- ambil jusnya je

Cara-Cara

Ikan di potong, bersihkan dan toskan, gaulkan dngn sedikit garam dan serbuk kunyit. Gorengkan ikan hingga separuh masak dan ketepikan.
Kisar atau tumbuk bahan2 yg bertanda *.
Panaskan minyak di kuali dan tumiskan bahan2 yg di tumbuk sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air.
Masukkan serbuk lada hitam, daun kari dan lada hijau yg di potong serong.
Masukkan ikan yg telah di goreng tadi, dan gaul sebati. Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan perahan jus limau kasturi.
Biarkan hingga mendidih, perasakan. Sekiranya dah cukup rasa, bolehlah di angkat dan di hidangkan bersama nasi putih hangat.

picture & resepi take from http://wattieshomemadecakes.blogspot.com/2011/06/siakap-masak-hijau.html

No comments:

Post a Comment