Monday, August 22, 2011

Banana Loaf


Bahan-bahannya:

100g butter- dilembutkan di dlm microwave atau dikeluarkan dari peti sejuk 1/2jam sebelum membuat kek

3/4 cawan gula caster
2 biji telur
2 biji pisang masak - dilenyek
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar susu segar

Cara-caranya:

Sapukan butter ke dalam loyang pembakar (saya gunakan loaf tin) dan alaskan dengan baking paper.
Panaskan oven 180C.
Sukat kesemua bahan dan isikan ke dlm mangkuk besar.
Adunkan bahan selama 2 minit ,hingga sebati dengan mixer atau buleh juga gunakan tangan dengan menggunakan senduk kayu.
Masukkan adunan ke dlm loyang pembakar dan ratakan permukaan atasnya.
Bakar selama 1jam,hingga kek naik dan berwarna keemasan.
Uji dengan garfu.sekiranya tiada bahagian kek yg melekat pada garfu,itu bermakna kek telah masak.
Biarkan kek di dlm loyang seketika,sebelum dikeluarkan,dibuang kertas baking paper dan sejukkan di atas rak.
Sesuai dihidangka untuk minum petang.

taken: http://www.resepimasakan.net/resepi-masakan/?view=showad&adid=135&cityid=-1&lang=en

No comments:

Post a Comment