Tuesday, August 2, 2011

Rendang Kerang

BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram isi kerang segar, cuci dan toskan
200 ml pati santan
1 helai daun kunyit, hiris halus2
2 helai daun limau purut
1/2 camca besar gula melaka
1/2 camca besar kerisik
1 camca besar rempah kari ikan (mat guna baba's)
Garam secukup rasa
1 keping asam gelugor

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 batang serai, hiris halus
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 keping hirisan lengkuas
2 keping hirisan halia
2 biji buah keras
1/3 inci belacan
25 biji cili padi merah Thai
1/2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus hingga harum, masukkan rempah kari dan kacau rata. Bila terbit minyak, masukkan pati santan. Biar mendidih perlahan.
  2. Masukkan gula melaka, kerisik, asam gelugor, daun limau purut dan garam secukup rasa. Tambah kerang, masak hingga kering, guna api kecil. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun kunyit, kacau rata dan boleh angkat. Hidangkan bersama nasi atau roti..
taken: http://www.tiffinbiru.com/search/label/Siput%20dan%20Kerang
saya blender...
serai, lengkuas, halia, bawang merah, bawang besar, bawang putih, cili padi (cuma kuantiti tu saya tak dapat nak beri exactly kerana ia terpulang kepada kuantiti kerang anda...kalau lebih banyaklah gravynya, lebih sedap sebab boleh cicah dengan roti nanti).

panaskan kuali dan masukkan sikit je minyak, tumis bahan blender dan 2,3 sudu cili kering blender...kacau hingga wangi dan pecah minyak...masukkan isi kerang...kacau hingga gravynya almost nak kering, kemudian masukkan pati santan...santan ni suka hati banyak mana nak letak sebab ada yang tak suka lemak sangat, maka kurangkan santan, yang tak kesah tu bolehlah letak lebih sikit...biarkan kering sikit kuahnya. kemudian masukkan petai, kacang panjang, asam keping, kerisik, garam, gula, perisa, daun limau dan daun kunyit yang dihiris halus...kacau sekali-sekala hingga kering.

No comments:

Post a Comment